SEKOLAH KEBANGSAAN PESERAIKm 4, Jln.Peserai, 83000 Batu Pahat.

 

FALSAFAH  SEKOLAH KEBANGSAAN  PESERAI, BATU PAHAT.

 

FALSAFAH  SEKOLAH KEBANGSAAN  PESERAI, BATU PAHAT. 

BERUSAHA UNTUK PEMBANGUNAN INSAN YANG BERGUNA PADA DIRI SENDIRI, KELUARGA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SEMOGA BERBAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT. 

OBJEKTIF SEKOLAH

 

Menempatkan Sekolah Kebangsaan Peserai ke tahap kebangaan dan kepercayaan di kalangan penduduk-penduduk tempatan khasnya,masyarakat di Batu Pahat amnya,melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam: 

  1. Pencapaian keputusan Peperiksaan yang membanggakan.
  1. Mengamalkan nilai-nilai dan sikap yang lebih positif dalam bidang pembelajaran.
  1. Menjadi Johan dalam semua acara di bidang Ko Kurikulum yang disertai.
  1. Amalan displin yang tinggi melalui seminima mungkin kes-kes ponteng sekolah.

                                                                MATLAMAT 

 

  1. Melahirkan warganegara yang berpendidikan, berdisplin dan bermoral tinggi  yang dapat memberikan sumbangan  yang aktif terhadap masyarakat, bangsa, negara dan bangsa, negara dan agama.
  1. Membentuk masyarakat seklolah yang harmonis.
  1. Mewujudkan golongan murid yang peka kepada perubahab dan keperluan semasa.
  1. Berusaha kearah melahirkan murid-murid yang celik IT dan mempunyai sahsiah

            tinggi. 

                  4.1 Cemerlang di bidang Akademik

                  4.2 Mempunyai sahsiah yang tinggi.

 

                                                         VISI 

  1. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasamni.
  1. Melahirkan  pelajar yang berpengetahuan dan berketerampilan.
  1. Melahirkan peljar yang bersemangat patriotik.
  1. Melahirkan pelajar yang taat dan patuh kepada agama.
  1. Melahirkan pelajar yang kuat semangat juang dan jati diri.

                                                      MISI 

  1. Membentuk pelajar yang berdisplin bersahsiah tinggi.
  1. Bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
  1. Sedia menerima perubahan dan tabah menghadapi cabaran.
  1. Bersikap rasional dan mempunyai pandangan jauh.
  1. Percaya kepada kebolehan diri sendiri.

            

                                    PIAGAM PELANGGAN

 Kami warga Sekolah Kebangsaan Peserai Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Serta berpegang kepada Moto”Selangkah Ke Hadapan” (One Step Ahead) Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami  Untuk: 

  1. Memastiskan semua kanak-kanak akan mula mendapat pelajaran pada hari pertama persekolahan.
  1. Memastikan semua murid mendapat kemudan belajar secukupnya di  sekolah disamping keselamatan mereka terjamin.
  1. Memastikan  prestasi Kurikulum dan Ko-Kurikulum sentiasa cemerlang.
  1. Memastikan semua kakitangan guru dan bukan guru sentiasa bergaul dengan harmoni dan menjalankan segala tanggungjawab dengan ikhlas, jujur dan dedikasi.
  1. Kami sentiasa menurut perintah dan bersedia melaksanakan arahan-arahan dari PPD dan JPNJ.
  1. Kami bersedia untuk melayan ibubapa ya ng berurusan dengan kami berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka.
  1. Kami sentiasa menerima pandangan cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

CIRI-CIRI SEKOLAH BERKESAN 

  1. Kewujudan  kepimpinan yang profesional.
  1. Berkongsi menjayakan falsafah dan objektif sekolah.
  1. Yakin bahawa  semua pelajar mempunyai bakat tersendiri dan boleh  mencapai kemahiran asas.
  1. Iklim  yang positif.
  1. Sekolah sebagai “The Learning Organization”.
  1. Pentingkan  kebajikan dan displin murid.
  1. Kerjasama dan persefahaman yang baik di kalangan staf (kerja berpasukan).
  1. Kawalan yang berkesan terhadap fungsi sekolah, kurikulum dan staf.
  1. Khidmat sokongan yang cekap dan teratur.
  1. Pengurusan kakitangan, kemudahan fizikal dan peralatan, kewangan yang berkesan.
  1. Bertanggungjawap terhadap kejayaan pelajar.
  1. Pengukuhan yang positif.
  1. Hubungan sekolah-komuniti yang baik.