Nama
asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu
Lelaki Peserai.Ia mula dibina pada tahun 1909 diatas
sebidang tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Tn. Hj.Abd.Wahid. Jumlah pelajarnya pada masa itu
seramai 36 orang.Pada tahun 1920
bangunan baru beratap genting telah dibina untuk
menggantikan bangunan lama. Pada tahun 1951 sebuah
bangunan lagi telah dibina dan dinamakan Sekolah
Perempuan Seri Kg Peserai digabungkan dibawah satu
Pentadbiran, seorang guru besar dan dinamakan
Sek.Keb.Peserai. Pada tahun 1976 bangunan baru
setinggi 3 tingkat dibina. Ia terdiri daripada 12
buah bilik darjah, pejabat, kantin, tempat letak
basikal dan padang. Pada 5hb.November 1980 bangunan
baru ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Seri
Dato Hj.Othman Saat iaitu Menteri Besar Johor ketika
itu. Pada tahun 1983 bangunan telah
ditambah, mengandungi 4 buah bilik darjah dibina
dengan secara bergotong-royong. Memandangkan
pertambahan murid begitu pesat serta kekurangan
bilik darjah maka pada tahun 1995 persekolahan 2 sesi telah diadakan
iaitu pagi
(Tahun 1,4,5) dan petang (2 dan 3).Pada tahun 1998
bangunan baru 3 tingkat dibina dan mula
digunakan pada tahun 2000. Mula,awal
persekolahan tahun 2000 semua murid bersekolah
dalam satu sesi pagi.Pada ketika itu jumlah
murid telah bertambah seramai lebih 900.Pada ketika
ini sekolah mempunyai 7 buah bangunan iaitu 5 buah
bilik darjah,sebuah surau.Bangunan bilik darjah
telah dinamakan semperna nama bekas Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tuanku Abd,Rahman Putra Alhaj,Tun
Abdul Razak,Tun Hussien Onn dan
Dr.Mahadir. |